Posts

Showing posts from July, 2021

Mitos VS Fakta tentang gula

Image
  Assalamualaikum rakan -rakan Asmak kak.ima 🤗 Kak.ima ada sedikit perkongsian ni. Jum baca 👇 Siapa kata GULA PERANG bagus untuk kesihatan? Gula perang dan gula putih hanyalah berbeza dari segi proses penghasilan gula tersebut. Jumlah kalori/ tenaga keduanya adalah SAMA. Cuma gula perang mengandungi lebih sedikit mineral berbanding gula putih yang tidak mengandungi mineral langsung. Namun kandungan mineralnya adalah terlalu SEDIKIT. Pengambilan gula perang kesannya sama sahaja seperti pengambilan gula putih dengan memberi kesan kepada bacaan glukos dalam darah. Pengambilan kedua-dua jenis gula ini boleh membawa kepada masalah kesihatan yang kronik dan kegemukkan jika di ambil secara berlebihan. Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Selangor Kredit: Nutritionistkkm

Minyak Habbatussauda

Image
 Minyak Habbatussauda keluaran terbaru produk Asmak.  Sebelum ni hanya ada Habbatussauda yang jenis bijirin saja, tapi keluaran kali ni sangat bermanfaat dan memudahkan bagi orang yang tidak suka makan Habbatussauda jenis bijirin.   Proses penghasilan minyak Habbatussauda adalah dengan proses perahan sejuk (Cold-pressed). Proses ini tidak melibatkan haba/heat sebab akan merosakkan mutu minyak yang dihasilkan. Proses yang sama dihasilkan (olive oil) minyak zaitun ya.  Manfaat Habbatussauda bijirin dan minyak Habbatussauda adalah sama, jumm  baca di gambar 👋🥰🤗 #minyakhabbatussaudaasmak #habbatussaudaasmak #minyakhabbatussauda #minyakhabbatusauda

Salam jumaat

Image
 

Kembung perut

Acap kali kita lihat, ibu bapa panik tak tahu nak buat apa setiap kali anak menangis. Terutamanya pasangan yang baru pertama kali menimang cahaya mata. . Lagi bertambah panik bila bayi itu menangis macam kena masuk hantu. Tak nak berhenti. Kita sebagai ibu ni faham ke kenapa bayi tu menangis? Itu persoalannya... . Kebiasaannya, punca bayi menangis adalah disebabkan masalah KEMBUNG PERUT. Kembung perut ni sangat tak selesa. Bayi tak mampu beritahu yang dia sedang sangat tak selesa. Jadi, apa dia buat? Menangislah! . Buat para ibu sekalian, usah gusar, usah bimbang hati. Ada tips mudah yang boleh bantu anda mengatasi masalah ni. . Cuba lakukan salah satu daripada 3 tips di bawah untuk mengatasi masalah bayi kembung perut. InsyaAllah berkesan. . . 1. Elakkan makanan berangin bagi ibu menyusu Ibu menyusu perlu mengelakkan makanan yang berangin. Contohnya ialah kubis dan brokoli. Kurangkan juga pengambilan kafein dan makanan dari sumber tenusu. . 2. Tukar kepada susu kambing Masalah kembung

Seuntai kata , pembuka bicara

 Assalamualaikum WBT Salam pembuka bicara dari kak Ima petang ni. Kak Ima rasa berbesar hati hendak berkongsi banyak benda yang best dalam blog kak ima ni. Semoga semua yang singgah di blog ni akan dapat sedikit sebanyak ilmu dari perkongsian kak Ima. Sebelum tuh kak Ima mahu perkenalkan diri dulu. Kak Ima berumur 29tahun (2021) dan tinggal di Kg Gudon menggatal, Kota Kinabalu Sabah. Kak Ima sudah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Alif Hakimi 🤗 sekarang Alif sudah berusia 3 tahun. Kak Ima mahu berkongsi banyak perkara yang best sepanjang kak Ima ada di dalam blog ni. Kawan - kawan semua, jangan lupa komen dan feedback kak Ima ya kalau ada yang hendak di ulas kan bersama.  Akhir kata, salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi singgah di blog kak Ima ni 🤗