Mitos VS Fakta tentang gula


 Assalamualaikum rakan -rakan Asmak kak.ima 🤗


Kak.ima ada sedikit perkongsian ni. Jum baca 👇


Siapa kata GULA PERANG bagus untuk kesihatan?


Gula perang dan gula putih hanyalah berbeza dari segi proses penghasilan gula tersebut.


Jumlah kalori/ tenaga keduanya adalah SAMA. Cuma gula perang mengandungi lebih sedikit mineral berbanding gula putih yang tidak mengandungi mineral langsung. Namun kandungan mineralnya adalah terlalu SEDIKIT.


Pengambilan gula perang kesannya sama sahaja seperti pengambilan gula putih dengan memberi kesan kepada bacaan glukos dalam darah. Pengambilan kedua-dua jenis gula ini boleh membawa kepada masalah kesihatan yang kronik dan kegemukkan jika di ambil secara berlebihan.


Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Selangor


Kredit: Nutritionistkkm

Comments

Popular posts from this blog

Seronoknya dapat makan seafood 😋

Adik kembung perut