Bedak Asmak

 


Assalamualaikum semua 🤗


Ni lah dia Bedak Asmak. Istimewanya bedak ni memang 100% tanah liat putih campur dengan air bertapis. Tekstur dia sangat lembut.


Apa keistimewaan tanah liat putih ni?


Mai sini Kak.ima nak cerita.


Dalam bidang kecantikan, tanah liat berfungsi sebagai lulur atau masker tubuh tau. Salah satu kebaikan lulur dapat diperoleh dari tanah liat ini. 


Tanah liat memiliki zat yang dapat menganjalkan kulit, menghilangkan kotoran dan mengecilkan pori-pori, membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati dan mengurangi peradangan pada jerawat. Selain itu, ia juga dipercayai dapat mengeluarkan racun dan logam berbahaya dari dalam tubuh dengan cara berendam dengan air yang telah tercampur tanah liat selama 30 minit.


Tanah liat memiliki zat yang berbentuk seperti span yang mampu menyerap racun dalam tubuh.  Racun yang dapat dibersihkan itu ialah  aflatoxin yang dapat mengganggu sistem kekebalan tubuh. Selain itu tanah liat juga berfungsi untuk mencegah radang perut dan sembelit.


Kandungan kalsium dalam tanah liat pun sangat tinggi tau. Sebab tu ada orang di sesetengah negara di luar sana, depa makan tanah liat. Percaya tak?


Tanah liat putih atau nama glamernya kaolin ni juga dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai masalah kulit dari kurap, panau, kayap, jerawat, ekzema, psoriasis dan lain-lain.


So, kalau kalian dah cuba produk yang harganya ribu riban tapi tak serasi lagi, apa salahnya cuba dengan bedak asmak kami ni yang cuma tiga ploh lapan ringgit sahaja. Dengan izin Allah, masalah kulit kalian dapat diatasi  😊


#copywriting

Credit to writer 

#bedakaasmak

Comments

Popular posts from this blog

Seronoknya dapat makan seafood 😋

Adik kembung perut